Sunday 17 February 2019

NAMA AHLI KUMPULAN

1) Abidah Nor Baiti bt Mahmood, Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Selangor




2) Lizawati bt Nayan, Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Selangor


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan pelajar berkaitan topik Kamiran menggunakan kaedah penggantian. Topik Kamiran merupakan tajuk ke empat yang dipelajari dalam semester dua dan kajian ini dijalankan kepada pelajar Semester 2, Program Tahun Dua (PDT) Kolej Matrikulasi Selangor sesi 2018/2019. Teknik CDSIS merupakan teknik yang memerlukan pelajar menunjukkan langkah demi langkah jalan pengiraan. Oleh itu dengan menggunakan teknik CDSIS, pelajar dapat mengurangkan masa menjawab soalan, mengurangkan kesilapan kecil yang sering dilakukan dan seterusnya mendapat jawapan yang betul. Teknik ini juga dapat membantu pelajar yang lemah asas kalkulus yang melibatkan topik pengamiran. Kajian ini melibatkan 1 kumpulan sasaran dan 1 kumpulan kawalan. Kumpulan sasaran adalah seramai 20 orang daripada kelas tutoran D1M3T5 manakala kumpulan kawalan adalah seramai 20 orang daripada kelas D1M1T6. Bagi menilai keberkesanan teknik ini, kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan dikehendaki menyelesaikan dua soalan kamiran menggunakan kaedah penggantian secara spontan. Markah yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan dianalisis.  Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati prestasi kumpulan sasaran yang mengaplikasikan teknik ini lebih cemerlang berbanding kumpulan kawalan. .Berdasarkan analisis yang diperolehi, didapati kumpulan sasaran mendapat min melebihi kumpulan kawalan iaitu dengan beza sebanyak 1.05. Peratus pelajar yang memperolehi markah 10 iaitu markah penuh bagi kumpulan sasaran (40%) juga melebihi daripada kumpulan kawalan (35%). Sebanyak 90% pelajar kumpulan sasaran mendapat markah melebihi separuh berbanding kumpulan kawalan (70%).


OBJEKTIF

Objktif umum
Kajian ini bertujuan untuk mempermudahkan proses langkah demi langkah dalam penyelesaian pengamiran yang menggunakan kaedah penggantian.
Kaedah CDSIS ini memudahkan pelajar mengingati langkah demi langkah tanpa tertinggal langkah penting yang wajib ada dalam penyelesaian menggunakan kaedah penggantian ini.

Objektif khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut
i) Mengenalpasti kaedah CDSIS dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan soalan pengamiran melibatkan kaedah penggantian.

ii)   Mengenalpasti bahagian penyelesaian yang sering pelajar lakukan kesalahan dalam menyelesaikan soalan pengamiran melibatkan kaedah penggantian.                                                                             



KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar semester dua program dua tahun (PDT) Kolej Matrikulasi Selangor sesi 2018/2019. Kelas yang terlibat terdiri daripada 20 orang pelajar dari kelas D1M3T5 sebagai kumpulan sasaran manakala kumpulan kawalan adalah seramai 20 orang dari kelas D1M1T6.