FAEDAH KEJAYAAN

FAEDAH KEJAYAAN/ HASIL KERJA/ TAHAP KEPUASAN HATI


Melalui analisis ujian yang telah dijalankan, didapati teknik CDSIS ini dapat mempermudahkan proses langkah demi langkah dalam penggantian bagi topik pengamiran. Kajian ini telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian yang diberi , dimana daripada analisis yang diperolehi didapati kumpulan sasaran mendapat min melebihi kumpulan kawalan iaitu dengan beza sebanyak 1.05. Disamping itu, markah penuh bagi kelas sasaran juga menunjukan peningkatan sebanyak 5% iaitu sebanyak 40% beranding kumpulan kawalan 35%. 

   Hasil keputusan mendapati bilangan pelajar dari kumpulan sasaran yang mendapat markah melebihi separuh adalah seramai 10 orang berbanding bilangan pelajar dari kumpulan   kawalan hanya 7 orang sahaja. Hanya 2 orang dari kumpulan sasaran mendapat markah kurang daripada separuh berbanding 6 orang pelajar dari kumpulan kawalan. Ini membuktikan pelajar yang menggunakan teknik CDSIS mendapat markah yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak menggunakan teknik tersebut.


Teknik ini juga dapat membantu menaikkan semangat pelajar untuk menjawab soalan berbentuk pengamiran selain akronim yang digunakan agak menarik dan mudah untuk diingati. Selain daripada itu pelajar tidak akan meninggalkan setiap langkah yang penting yang perlu ditunjukkan pada jalan pengiraan. Berdasarkan pemerhatian, pelajar dari kumpulan sasaran sangat seronok dalam mengaplikasikan teknik CDSIS dalam tajuk pengamiran menggunakan kaedah penggantian.

Keputusan markah ujian bagi kumpulan kawalan dan kumpulan sasaran





KELAS / MARKAH
0-5 MARKAH
6-9 MARKAH
10
(MARKAH PENUH)
JUMLAH PELAJAR
MIN
D1M3T5
(KUMPULAN SASARAN)

2

10

8

20

8.30
D1M1T6
(KUMPULAN KAWALAN)

6

7

7

20

7.25

No comments:

Post a Comment